KUALA LUMPUR – Kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada Februari lalu sebenarnya akibat percaturan permainan politik ‘tikam belakang’ didakwa didalangi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.
Bekas Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendakwa, tindakan Anwar juga menyebabkan landskap politik negara turut berubah gara-gara untuk berebut jawatan Perdana Menteri.
“Kejatuhan Kerajaan PH adalah atas gara-gara percaturan permainan politik tikam belakang oleh Anwar yang akhirnya memakan diri sendiri sehingga kerajaan yang dipilih oleh rakyat pada PRU14 tumbang!
“Perubahan senario politik pada hari ini di tanah air kita adalah disebabkan oleh salah percaturan politik jahat Anwar Ibrahim,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Khairuddin juga mempersoalkan ketaksuban anggota Keadilan yang mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri sedangkan beliau tiada kebolehan untuk mentadbir urus negara.
“Apa istimewa sangat dengan Anwar Ibrahim? Dia bukan boleh bekerja pun! Kepakaran Anwar hanyalah bermain politik tikam belakang untuk menyekat siapa saja dari menjadi Perdana Menteri kecuali dirinya!
“Manusia berpenyakit seperti Anwar sudah tidak relevan lagi dalam dunia politik hari ini!
“Selagi Anwar berada dalam lanskap politik tanah air maka selagi itulah keadaan politik negara kita akan jadi huru-hara!” katanya.
Sementara itu, beliau menyambut baik saranan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah, Razeef Rakimi agar PH dibubarkan selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan mencalonkan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri.
“PH tidak boleh diterajui oleh manusia berpenyakit seperti Anwar kerana ianya akan membawa malang kepada keseluruhan anggotanya!!
“Presiden PKR ini adalah seorang kaki kelentong semata-mata!
“Dia kelentong DAP dan Amanah kononnya mempunyai cukup sokongan ahli-ahli Parlimen bagi membentuk kerajaan baharu!!” katanya.
Sebaliknya DAP dan Amanah sepatutnya mencari kaedah baharu dengan bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membentuk kerajaan baharu.
“Lama mana lagi DAP serta Amanah hendak tunggu dan biarkan diri mereka diperbodohkan oleh manusia berpenyakit Anwar?
“Secara jujur dan ikhlas tiada sokongan majoriti yang mahukan Anwar untuk jadi Perdana Menteri! Dia hanya ‘syok sendiri’ dan terus memperbodohkan rakan-rakan lain untuk menyokong cita-cita rakusnya itu saja!” katanya.
Katanya lagi, sudah sampai untuk semua komponen PH meninggalkan Presiden PKR itu atau mereka akan terus tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
“Sekiranya semua masih tidak sedar bahawa Anwar hanya main wayang dan syok sendiri saja; semua pihak akan terus tewas buat selamanya!
“Jangan sesiapa pun bermimpi untuk menubuhkan kerajaan baru di bawah kepimpinan ‘manusia berpenyakit’ ini!” katanya lagi. – MalaysiaGazette
…..adoi yai….
MELAYU MUDAH LUPA!
SENDIRI GANTUNG DIRI…TAPI SALAHKAN ORANG LAIN…macam Istilah Khianat mandat rakyat pintu belakang langkah sheraton katak lompat ….akhirnya terBONGKAR dan MUSNAH dari TANGAN2 sendiri atas NAFSU SERAKAH JADI PM…pkr P arti K HIANAT R eformasi dan PH p AKATAN H ancing P unah H arapan