Home Politik Shafie pernah jadi menteri, patut sudah majukan Sabah – KJ

Shafie pernah jadi menteri, patut sudah majukan Sabah – KJ

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin melambai tangan kearah penduduk ketika mengadakan lawatan ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tempasuk sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Sabah di Kampung Bobot, Kota Belud, Sabah. foto HAZROL ZAINAL, 21 SEPTEMBER 2020.

KOTA BELUD – Tidak wajar untuk Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memberikan alasan memerlukan lebih masa untuk membangunkan Sabah.

Sebaliknya bekas Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inivasi berkata, Presiden Parti Warisan Sabah berkenaan sepatutnya lebih tahu memajukan negeri itu kerana mempunyai banyak pengalaman sebagai menteri sebelum ini.

“Datuk Shafie bukan setahun jagung dalam politik. Berapa tahun jadi Menteri  Luar Bandar,  beliau tidak boleh bagi alasan Warisan seperti bayi baru lahir.

“Sepatutnya  beliau sudah tahu macam mana nak bangunkan Sabah,” katanya ketika melawan Pusat Daerah Mengundi (PDM) DUN Tempasuk hari ini.

Turut hadir calon BN, Mohd Arshad Bistari.

Mengulas pengesahan polis Sabah baru-baru ini berhubung cubaan warganegara memasuki negara ini secara besar-besaran melalui lorong-lorong tikus untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Khairy menyifatkan perkara berkenaan bukti kelemahan pentadbiran Warisan.

“Bila ada kerajaan yang lemah jadilah macam-macam masalah. Semalam, Ketua Polis Sabah sahkan ada cubaan warga negara jiran masuk mengundi ini daripada Sabah. Mereka berani kerana mereka nampak kerajaan Warisan lemah .

“Kalau kerajaan Sabah  mahu berunding dengan Filipina, maka mereka masuk,” tambahnya.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau sempat berseloroh mengenai hubungan antara PKR hanya dengan Warisan selepas parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu diberikan tujuh kerusi baru-baru ini.

“Calon yang lawan dari PKR di sini…  PKR pun kita tidak pasti sekarang kawan dengan Warisan atau tidak,” katanya.

Untuk rekod, DUN Tempasuk  menyaksikan pertandingan enam penjuru di antara BN,

Datuk Musbah Jamli penyandang kerusi itu yang bertanding atas tiket bebas manakala PKR meletakkan Mustapha@ Mohd Yunus Sakmud, calon USNO, Amza @Hamzah Sundang, calon PCS, Abd  Alif Saibeh dan calon dari PGRS, Kanul Gindol.-MalaysiaGazette