PRN SABAH : Sebab Shafie Lemah Punca Ada Cubaan Negara Jiran Masuk Sabah – KJ

KOTA BELUD – Tidak wajar untuk Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal memberikan alasan memerlukan lebih masa untuk membangunkan Sabah.

Sebaliknya bekas Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan Presiden Parti Warisan Sabah berkenaan perlu tahu memajukan negeri itu kerana mempunyai banyak pengalaman sebagai menteri sebelum ini.