Saturday, November 16, 2024
Home PRN Sabah Shafie mohon maaf

Shafie mohon maaf

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal memohon maaf kepada setiap anggota keselamatan, ahli keluarga mereka dan seluruh rakyat Malaysia atas kenyataan bekas Menteri Pelancongan, Mohamaddin Ketapi bahawa insiden di Lahad Datu tujuh tahun lalu adalah sandiwara.

Beliau yang juga Presiden Parti Warisan Sabah berkata, kenyataan secara spontan itu telah disalah erti kan dan sama sekali tidak berniat untuk menghina perjuangan para perajurit serta anggota keselamatan yang mengorbankan nyawa mereka demi mempertahankan rakyat dan negara ini.

“Sebagai bekas Timbalan Menteri Pertahanan, saya amat memahami keperitan yang terpaksa ditempuh anggota keselamatan ketika menjaga sempadan negara terutama di pos-pos kawalan Sabah yang terpencil dan serba kekurangan.

“Setiap anggota yang berada di perbatasan bukan sahaja bersedia mengorbankan nyawa demi keselamatan rakyat Malaysia, malah mereka juga terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga sepanjang tempoh bertugas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Shafie berkata, dalam berdepan pandemik Covid-19, beliau selaku Ketua Menteri Sabah turut memahami dan menghargai peranan anggota keselamatan sebagai frontliners menentang musuh yang tidak kelihatan tetapi amat berbahaya.

Atas rasa tanggungjawab itu, katanya, beliau telah memperuntukkan RM10 juta dana kerajaan negeri untuk diagih-agihkan kepada semua frontliners termasuk RM1 juta kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan RM1 juta kepada Kem Lok Kawi.

Sumbangan tersebut, katanya, tidak dilakukan di mana-mana negeri di Malaysia.

Artikel berkaitan: Saya tak pernah hina anggota keselamatan – Mohamaddin

“Jumlah tersebut tidaklah banyak jika dibandingkan dengan risiko dan pengorbanan wira-wira negara ini, namun itu membuktikan komitmen Kerajaan Sabah meskipun agensi keselamatan di bawah bidang kuasa Persekutuan,” katanya.

Kelmarin satu video tular di media sosial memaparkan Mohammad berucap memperlekeh insiden Tanduo itu dan mendakwa pencerobohan Lahad Datu pada tahun 2013 hanya satu sandiwara.

Dalam ceramah kempen sempena Pilihan Raya Negeri Sabah, Mohamaddin antara lain berkata: “Sandiwara bohong membunuh orang. Kamu ingat dahulu PRU yang lalu, dia bilang Filipina mau ambil Sabah, jadi ada peperangan, datanglah jet dibomnya kelapa sawit orang, habis semua kelapa sawit orang.
“Habis rumah orang, koyak ditembak, ini kenyataan. Disuruh kereta kebal masuk kampung suruh berperang sama ayam, ayam sama anjing lawan dia berperang, apabila habis pilihanraya tiada pula peperangan itu.
“Tetapi saya ingat, saya wakil rakyat Lahad Datu.” – MalaysiaGazette

 

3 Komen

  1. SPRM APA LAGI NI DAH TERANG-TERANG NAK RASUAH ANGGOTA KESELAMATAN…TU PERMOHONAN MAAF NAK JAGA UNDI..TANGKAPLAH NI SHAFIE APADAL..BERANI DIA LETAK HARGA MARUAH ANGGOTA KESELAMATAN DENGAN 10 JUTA…
    MARI ORANG SABAH JANGAN UNDI PARTI WARISAN..TAK LAYAK NI PARTI WARISAN JADI KERAJAAN NEGERI SABAH

  2. Muhamdin hina BARISAN HADAPN KESELAMATAN DN KESIHATAN…video antara lain ialah sandiwara serangan Lahad Dato seperti ANJING dan AYAM…dan COVID 19 dtandakan MERAH dan orangramai akan disuruh buat2 pengsan hari mengundi supaya orang takut keluar…patut diLUCUT WARGANEGARA kerana juga menghina YDPA sebagai KETUA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA.

Comments are closed.