PRN SABAH : Kakitangan TLDM Keluar Mengundi, Patuh SOP

SEPANGGAR – Seramai 16,877 pengundi mengundi awal di 55 pusat bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16 pagi ini.

Jumlah itu merangkumi 7,487 anggota tentera dan 9,390 anggota polis di seluruh negeri.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam menerusi kenyataan berkata, proses pengundian menekankan garis panduan pencegahan atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.