Home Nasional Ini bukan kali pertama Anwar cakap begitu – Tun M

Ini bukan kali pertama Anwar cakap begitu – Tun M

Tun Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana, Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mengambil langkah ‘tunggu dan lihat’ ketika ditanya mengenai dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan beliau telah mendapat sokongan majoriti untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Tambah Dr. Mahathir, ini bukan kali pertama Anwar membuat kenyataan sedemikian yang merujuk kepada situasi sama pada 16 September 2008.

“Kita perlu tunggu dan lihat sahajalah sama ada ini adalah satu lagi episod dakwaan yang tidak dapat direalisasikan,” katanya semasa bercakap dalam Sidang Kemuncak Secara Maya ASEAN CIO Nutanix, hari ini.

Dalam pada itu, dalam satu video khas untuk berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Dr. Mahathir berkata, aktiviti pilihan raya boleh memburukkan lagi wabak Covid-19 namun begitu PRN di negeri bawah bayu itu tidak dapat dielak kerana dakwanya, ahli-ahli politik Perikatan Nasional (PN) telah cuba menyogok wakil rakyat kerajaan negeri.

Ini menyebabkan Ketua Menteri, Datuk Seri Shafie Apdal mengambil keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Justeru, beliau meminta rakyat Sabah supaya membuat keputusan yang terbaik dan menolak amalan politik wang. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. MUNAFIK YANG LAYAK JADI PM TANJUNG RAMBUTAN DAN TAMPOI ANTARA ANWAR DAN MAHATHIR,,INILAH RATIB BILA AKU BOLEH JADI PM SELAMA 22BULAN..AKHIRNYA P UNAH HARAPAN SELEPAS SENTIASA MENGENCING DAN MENIPU RAKYAT

Comments are closed.