Home Ekonomi Soalan lazim BPN 2.0

Soalan lazim BPN 2.0

A. PENGENALAN BPN 2.0

1. Apakah BPN 2.0?

BPN 2.0 adalah salah satu bantuan tambahan yang disediakan oleh Kerajaan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban rakyat akibat kesan pandemik COVID-19.

Pemberian BPN 2.0 adalah berdasarkan pangkalan data BPN 2020 (B40 dan M40) yang merangkumi 10.6 juta penerima yang diluluskan.

2. Siapakah yang layak menerima BPN 2.0?

Penerima BPN 2.0 adalah penerima yang telah menerima bayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini.

3. Adakah saya perlu membuat permohonan BPN 2.0?

Anda tidak perlu memohon BPN 2.0 sekiranya telah menerima bayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini.

4. Adakah permohonan baharu boleh dibuat sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima BPN 2.0?

Permohonan baharu BPN 2.0 boleh dibuat mulai 15 Oktober 2020.

B. PEMBAYARAN BPN 2.0

5. Berapakah bayaran BPN 2.0 yang akan diterima?

Jumlah bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut:

6. Bilakah tarikh pembayaran BPN 2.0 akan dibuat?

Pembayaran BPN 2.0 adalah seperti berikut:
i. Fasa Pertama – penghujung Oktober 2020
ii. Fasa Kedua – Januari 2021

7. Bagaimanakah kaedah bayaran BPN 2.0 ini dilaksanakan?

Pembayaran BPN 2.0 adalah seperti kaedah pembayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini:

8. Bagaimanakah kaedah pembayaran BPN 2.0 bagi penerima pedalaman di Negeri Sabah dan Sarawak?

Kaedah pembayaran bagi penerima kawasan pedalaman Negeri Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank akan bermula bulan Januari 2021.

9. Bolehkah saya membuat kemas kini maklumat diri seperti akaun bank yang telah tidak aktif?

Kemas kini maklumat akaun bank tidak dibenarkan kerana kaedah pembayaran BPN 2.0 adalah seperti kaedah pembayaran terakhir BPN 2020 sebelum ini (Rujuk Jawapan bagi Soalan 7).

10. Sekiranya bayaran dibuat ke akaun bank yang tidak aktif atau salah, apakah yang perlu saya lakukan?

Tuntutan boleh dibuat secara tunai di Cawangan BSN setelah nombor siri wujud pada paparan semakan. Semakan boleh dibuat pada portal rasmi BPN: https://bpn.hasil.gov.my.

C. SEMAKAN STATUS

11. Bila dan bagaimana semakan status penerimaan BPN 2.0 boleh dibuat?

Penerima yang layak menerima BPN 2.0 boleh membuat semakan status mulai 15 Oktober 2020 di Portal Rasmi BPN iaitu .https://bpn.hasil.gov.my.

12. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya terlupa kata laluan semasa log masuk Portal BPN dan gagal menjawab soalan keselamatan yang diminta?

Pemohon perlu menunggu 10 minit untuk mencuba semula menjawab soalan keselamatan. Jika masih terlupa pemohon diminta untuk menghubungi talian LHDNM Hasil Care Line (HCL) di talian 03- 89111000 (bagi tindakan set semula akaun dan soalan keselamatan) atau hubungi Cawangan / PKH / UTC LHDNM yang berhampiran.

D. HAL-HAL LAIN

13. Berdasarkan semakan, saya telah lulus sebagai penerima M40 semasa BPN 2020. Bolehkah saya merayu untuk menerima bayaran sebagai penerima B40 bagi BPN 2.0?

Kategori kelayakan BPN 2.0 adalah berdasarkan kelulusan terakhir BPN 2020.

14. Saya adalah penerima BPN 2020 di bawah kategori Bujang dan telah berkahwin. Adakah saya layak untuk menerima BPN 2.0 kategori isi rumah?

Anda boleh mengemukakan permohonan baharu/rayuan mulai 15 Oktober 2020 di bawah kategori Isi Rumah sekiranya menepati syarat kelayakan.

15. Saya adalah pasangan kepada penerima BPN 2020 sebelum ini di bawah kategori Isi Rumah dan telah bercerai. Adakah saya layak untuk menerima BPN 2.0 kategori ibu / bapa tunggal?

Anda boleh mengemukakan permohonan baharu/rayuan mulai 15 Oktober 2020 kategori ibu / bapa tunggal sekiranya menepati syarat kelayakan.

16. Saya merupakan bujang yang akan memasuki umur 21 tahun pada tahun 2021. Sekiranya saya belum cukup umur 21 tahun semasa permohonan dibuka, adakah saya layak memohon?

Pemohon yang layak memohon adalah pemohon yang lahir pada tahun 1999 dan ke bawah.

17. Saya telah menerima bayaran BPN 2020 sebelum ini dan ingin menolak BPN 2.0. Bagaimanakah cara untuk membuat bayaran semula?

Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:

i. Anda dinasihatkan mengemukakan surat kepada Kementerian Kewangan Malaysia dengan menyatakan nama penuh, nombor MyKad dan sebab pemulangan;

ii. Lampirkan draf bank / cek atas nama Akauntan Negara Malaysia (mengikut jumlah pemulangan); dan

iii. Surat dan draf bank / cek perlu dikemukakan kepada pihak Kementerian Kewangan Malaysia di alamat berikut:

Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia
Presint 2, 62592 Putrajaya.