Friday, November 15, 2024
Home Politik Saya tidak terlibat dengan ‘Langkah Anwar’, tegas Nazri

Saya tidak terlibat dengan ‘Langkah Anwar’, tegas Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz. foto HAZROL ZAINAL, 21 SEPTEMBER 2020.
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan beliau tidak mengetahui tentang usaha Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan.
Bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu menjelaskan, kali terakhir beliau bertemu dengan Anwar ialah ketika sidang Dewan Rakyat yang berlangsung dari bulan Julai hingga Ogos lalu.
Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas menjelaskan, sepanjang lapan hari yang lalu beliau berada di Sabah dan tidak mengetahui tentang usaha Anwar ini.
“Saya berada di Sabah selama lapan hari dan pada masa itu saya tidak berkesempatan berjumpa dengan Anwar.
“Kali penghabisan saya berjumpa Anwar ialah ketika Parlimen bersidang pada Julai lalu, jadi saya tidak tahu menahu tentang langkah terakhir ini.
“Mungkin dia (Anwar) dapat menghubungi ahli-ahli UMNO yang lain tetapi sudah tentu dengan saya tidak ada apa langsung urusan, jadi saya tidak tahu menahu tentang perkara ini,” katanya kepada Astro AWANI.
Selain Nazri, Naib Presiden UMNO dan Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid menafikan sekeras-kerasnya beliau menyokong gerakan penubuhan kerajaan baharu yang diterajui Anwar.
Semalam, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan mengumumkan bahawa beliau telah mendapat sokongan ahli Parlimen daripada pelbagai parti termasuk yang berpihak kerajaan sedia ada, namun enggan mendedahkan bilangan mereka.
Ahli Parlimen Port Dickson itu turut berkata, beliau sudah diperkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, namun ditangguhkan kerana baginda menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Rakyat dah jemu permainan politik ANUar.. Nampak sudah semakin gila nak jadi PM.. Rakyat tak terima pemimpin yang berperangai jijik … Kau ANUar betul tak lakukan kerja jijik tersebut beliu kena berani bersumpah tidak melakukannya untuk membersihkan dirinya dari kerja jijik tersebut.. Dengan bersumpah kerana Allah mungkin rakyat dapat terimanya kembali.. Penafian ANUar tidak buat perkara itu hanya untuk menutup sedikit sahaja aibnya.. Jika berani lakukan sumpah laknat baru aib tertutup lebih luas..

Comments are closed.