Home Politik Pemuda Amanah sokong Anwar tapi tolak kerjasama dengan kleptokrat

Pemuda Amanah sokong Anwar tapi tolak kerjasama dengan kleptokrat

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) di beberapa bahagian di sini menyokong usaha mengembalikan mandat oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun mereka menolak sekiranya kerjasama kerajaan baharu itu bersama-sama dengan pemimpin kleptokrat.

“Namun begitu, maruah rakyat hanya boleh ditebus melalui kaedah yang bersih, berintegriti dan penuh kebijaksanaan agar prinsip yang dipertahankan sekian lama kekal
utuh.

“Dalam kegembiraan meraikan usaha yang tampak makin membuahkan hasil, kami tegas dengan pendirian bahawa tiada ruang harus dibuka untuk berunding dengan rejim
kleptokrat terutamanya individu-individu yang masih dalam perbicaraan kes mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan bersama melibat semua ketua pemuda parti berkenaan di Lembah Pantai, Batu, Kepong, Bandar Tun Razak dan Bukit Bintang.

Antara nama yang dimaksudkan mereka ialah barisan pemimpin UMNO seperti mereka yang terlibat dalam kes mahkamah seperti Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Seri Bung Moktar
Radin dan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Mereka juga mendakwa Pakatan Harapan (PH) juga harus menolak sokongan daripada mana-mana ahli Parlimen yang bersekongkol dan cuba menjaga kepentingan individu-individu yang terpalit kleptokrasi.

“Tiada kompromi dalam soal prinsip dan integriti. Kami menyeru pimpinan PH untuk duduk bersama dan memperhalusi langkah-langkah strategik dalam membentuk semula kerajaan yang berpaksikan kepentingan rakyat dan bukan atas kepentingan politik individu tertentu,” kata kenyataan yang sama.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Logo Amanah (PAN) mcm penah ku lihat sama dgn logo sbuah konsultan di luar negara. Siapa CIPLAK siapa??????

Comments are closed.