Home PRN Sabah Istana Negeri Sabah jadi tumpuan, siapa KM Sabah baharu?

Istana Negeri Sabah jadi tumpuan, siapa KM Sabah baharu?

Anggota polis membuat kawalan di hadapan pintu Istana Negeri Sabah sebagai persediaan sekiranya berlansung istiadat angkat sumpah Ketua Menteri Sabah yang baharu sempena Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-16 di Kota Kinabalu, Sabah. foto HAZROL ZAINAL, 27 SEPTEMBER 2020.

KOTA KINABALU – Istana Negeri hari ini menjadi tumpuan pengamal media selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) semalam memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ini berikutan kenyataan terkini Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Datuk Hajiji Noor yang mengatakan pengumuman jawatan Ketua Menteri akan diumumkan hari ini.

Bagaimanapun beliau tidak memaklumkan masa dan tempat pengumuman akan dibuat.

Tinjauan MalaysiaGazette di sini mendapati, petugas keselamatan mengawal perkarangan Istana Negeri ini seawal 8 pagi. 

Selain itu lebih kurang 20 pengamal media turut berada di sini.

Pengamal media mula berkumpul di hadapan pintu Istana Negeri Sabah bagi mengetahui perkembangan mengenai jawatan Ketua Menteri Sabah yang baharu sempena Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-16 di Kota Kinabalu, Sabah. foto HAZROL ZAINAL, 27 SEPTEMBER 2020.

Setakat ini, difahamkan, tidak ada majlis angkat sumpah akan berlangsung hari ini.

Untuk rekod semalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan GRs menguasai 38 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekaligus menewaskan Parti Warisan Sabah (Warisan).

Perikatan Nasional (PN) mendapat 17 kerusi, Barisan Nasional (14) dan Parti Bersatu Sabah (7).

Manakala Warisan Plus Sabah pula mendapat 32 kerusi.

Warisan memperoleh 27 kerusi, PKR (2), bebas (3) dan UPKO (1).

Sebelum ini Pengerusi PN menyebut calon Ketua Menteri negeri itu adalah Hajiji yang juga telah memenangi kerusi DUN Sulaman semalam. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Calon Ketua Menteri diumum hari ini