Home Seni Hidup PKP ubah hidup Alyah

PKP ubah hidup Alyah

Alyah dilantik menjadi duta produk kosmetik Zafesya.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Datin Alyah mengakui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu telah mengubah hidupnya sehingga hari ini.

Alyah atau nama penuhnya Noor Hasliah Abu Hasan, 39, berkongsi hikmah yang diperolehinya apabila telah melalui perubahan diri ke arah kebaikan.

Penyanyi lagu Sesal Separuh Nyawa itu berkata, banyak waktu terluang ketika itu telah membolehkan dirinya sering mendengar ceramah pendakwah termasuk dari luar negara yang menyentuh hati sanubarinya.

“Sejak PKP, saya berasa lebih tenang dan mampu menangani emosi dan situasi. Banyak kata-kata orang berilmu yang sering saya dengar sebelum tidur dan saya telah praktik jika mahu tenang, kembalilah kepada agama.

“Saya mungkin belum sempurna lagi, namun dari segi amalan ada perubahan yang telah berlaku. Selain dapat kawal emosi, saya juga tidak lagi meninggalkan solat dan menjaga solat awal waktu hingga ke hari ini.

“Saya amat hargai tuntutan agama dan banyak baiki diri dengan menghafalkan surah-surah al-Quran dan Allah SWT itu Maha baik.

“Sebelum ini ibu bapa saya sudah beri pendidikan terbaik, ajar mengaji namun bila datang ke Kuala Lumpur saya hilang pertimbangan diri.

“Namun Allah SWT tidak tengok kehidupan kita yang lampau dan tengok pengakhiran kita hari ini. Saya bukan mahu dipandang mulia namun mahu hidup tenang dan sederhana,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui pada majlis memperkenalkan dirinya sebagai duta jenama produk kosmetik iaitu Zafesha di Putrajaya di sini semalam.

Pada majlis sama, produk keluaran Zafesha Networking & Marketing Sdn Bhd itu turut memperkenalkan wajah baharu Zafesha Simply Foundation dengan dua kod warna.

Majlis itu juga menganjurkan Seminar Zafesha The New Conqueror oleh Sifu Jamal, Sifu Fbads untuk ejen berdaftar.

Mengulas lanjut, Alyah yang juga isteri kepada komposer terkenal, Datuk Ramli MS memberitahu dia menerima tawaran menjadi duta itu kerana kedua-dua pihak mempunyai satu misi yang sama.

Jelasnya, dalam tempoh PKPP ini, dia bersyukur kerana diberi rezeki yang tidak putus-putus.

“Sebelum bersetuju, saya diberi peluang selama dua bulan itu menggunakan dua bulan produk tersebut. Ini kerana saya tidak mahu menjadi selebriti yang menipu pengguna untuk kejar bisnes.

“Tapi saya tertarik kerana produknya adalah organik dan yang penting ada tolak ansur untuk kami bekerjasama,” katanya.

Sementara itu, Pengasas Zafesha, Siti Aisah Muhammad Hamim memberitahu, perlantikan Datin Alyah untuk tempoh 12 bulan sesuai dengan target atau kumpulan sasaran pengguna Zafesha Simply.

“Personaliti beliau sebagai wanita aktif, sentiasa terdedah kepada UV dan pencemaran lain dan sentiasa memerlukan pelindungan kulit wajah turut menjadi faktor utama,” katanya,

Dalam pada itu, pihak Zafesha berharap jenama ini lebih dikenali dan menjadikan rangkaian produk Zafesha Simply sebagai pilihan.

“Kami juga ingin memberi peluang kepada orang yang mencari peluang pekerjaan atau suri rumah untuk menjadi ejen berdaftar- tidak memerlukan modal. Selain itu, Zafesha akan memberi sokongan pemasaran (iklan di radio, akhbar, TV) dan sentiasa mengekalkan kualiti produk,” katanya.

Antara kelebihan menjadi ejen Zafesha ialah jenama ini ada kepakaran dengan memberi latihan secara dalam talian, kelebihan menjual iaitu komisyen tinggi dan harga tetap (tiada dominasi harga).

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari laman web http://zafeshasimplyhq.com dan untuk pendaftaran dropship di https://kliksini.my/BantuSayaJanaIncome. – MalaysiaGazette