Home Nasional Pusat mengundi PRN Sabah tidak mesra OKU – Suhakam

Pusat mengundi PRN Sabah tidak mesra OKU – Suhakam

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi yang ditetapkan pada 5  Disember ini dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang mungkin diadakan pada bila-bila masa tidak dapat dielakkan.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mendapati proses Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah pada Sabtu lalu telah dijalankan secara teratur dan selaras dengan peraturan pilihan raya serta garis panduan pencegahan Covid-19.

Calon-calon parti politik dapat menjalankan aktiviti kempen mereka melalui kempen dari rumah ke rumah, ceramah atau sesi secara langsung melalui platform media sosial.

Namun, dalam beberapa aktiviti kempen, Suhakam memerhatikan orang ramai tidak menjaga jarak fizikal sesama mereka, katanya yang memantau pilihan raya tersebut.

Beberapa pusat mengundi didapati tidak mesra OKU (Orang Kelainan Upaya) yang mana saluran mengundi untuk orang tua, orang kurang upaya dan wanita hamil tidak ditempatkan di tingkat bawah dan mereka perlu menaiki tangga; longkang di sekitar laluan ke saluran mengundi tidak bertutup.

Malah, beberapa pusat mengundi tidak menyediakan kerusi roda yang mencukupi atau tidak ada kerusi roda untuk mereka yang memerlukan kemudahan tersebut.

Katanya, liputan media arus perdana tidak sama rata antara parti-parti politik yang bertanding.

Suhakam akan menyediakan laporan lengkap mengenai pemantauan pilihan raya tersebut termasuk syor-syor untuk penambahbaikan dan akan mengemukakan laporan tersebut kepada kerajaan untuk pertimbangan mereka.