KOTA KINABALU – Majlis Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah akan berlangsung esok.
Perkara itu disahkan Jabatan Penerangan negeri menerusi jemputan yang dihebahkan kepada media.
“Salam Hormat Rakan-Rakan Media. Untuk Makluman Majlis Angkat Sumpah Ketua Menteri akan berlangsung pada 29 Sept 2020 Jam 10.30pagi di Istana Negeri Sabah,” menurut hebahan itu.
Kata Jabatan Penerangan yang memaklumkan perkara itu daripada sumber Istana Negeri Sabah.
Pemakluman ini dibuat ketika Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin meminta tempoh untuk mempertimbangkan calon Ketua Menteri daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Setakat ini yang dua calon dari Perikatan Nasional (PN) iaitu Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Hajiji Noor dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin disebut-sebut bakal menerujui negeri di bawah bayu itu.
Semalam, Bung; Hajiji; Presiden Star, Datuk Jefrey Kitingan dan Setiausaha Agung PBS, Datuk Jahid Jahim mengadap Juhar di Istana Negeri. – MalaysiaGazette