Home Ekonomi Dr Veerinderjeet Presiden MIA yang baharu

Dr Veerinderjeet Presiden MIA yang baharu

Dr Veerinderjeet Singh

KUALA LUMPUR – Institut Akauntan Malaysia (MIA) mengumumkan Dr Veerinderjeet Singh sebagai presiden yang baharu.

Pelantikan itu berkuatkuasa 26 September lalu bagi menggantikan Huang Shze Jiun.

Dikenali sebagai pakar terkemuka dalam bidang perakaunan dan percukaian, Veerinderjeet memulakan penggalnya bersama Majlis MIA ketika beliau dilantik sebagai anggota pada 25 Mei 2019.

Beliau kini merupakan Presiden Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysian (MICPA) dan Pengerusi Bukan Eksekutif Tricor Services (Malaysia) Sdn Bhd.

Veerinderjeet juga pernah menjadi Presiden Institut Cukai Berkanun Malaysia (CTIM) dari tahun 2007 hingga 2010. – MalaysiaGazette