Home Dunia Pertikaman lidah kecohkan debat Presiden

Pertikaman lidah kecohkan debat Presiden

Foto agensi

CLEVELAND (Reuters) – Isu pentadbiran Presiden Donald Trump dalam menangani pandemik Covid-19, ekonomi dan integriti pilihan raya pada November ini membuatkan debat presiden pusingan pertama di antara Trump dan pencabarnya Joe Biden menjadi kecoh.

Menggunakan perkataan yang menghina peribadi, memberi gelaran tidak elok selain sikap Trump yang seringkali mencelah membuatkan perdebatan yang dikendalikan oleh Chris Wallace itu menjadi semakin hangat.

Namun begitu Wallace tetap mengambil pendekatan tidak menyekat perdebatan di antara kedua-dua pemimpin itu.

Kedua-dua pemimpin tersebut saling bertikam lidah dan menghina satu sama lain menyebabkan sukar untuk kedua-duanya menyatakan pendapat dengan jelas.

“Boleh diam tak? Ini sangat bukan presiden,” tingkah Biden selepas Trump asyik mencelah semasa segmen pertama debat di Mahkamah Agung.

Biden kemudiannya menggelarkan Trump sebagai badut, rasis dan anak anjing (Presiden Rusia Vladimir) Putin malah melabelkan beliau sebagai Presiden Amerika yang paling teruk dalam sejarah.

Trump pula menjawab “anda juga tidak bijak, Joe.”

Pada akhir debat berkenaan, Wallace akhirnya terpaksa meminta supaya Presiden itu berhenti mencelah.

“Saya rasa negara ini akan ditadbir dengan baik jika kita membenarkan kedua-duanya bercakap tanpa diganggu.

“Tuan, saya merayu supaya anda berhenti mencelah,” katanya.

Permintaan tersebut dijawab Trump dengan “baiklah. Saya harap beliau juga berbuat demikian.”

“Tetapi sejujurnya, saya rasa anda lebih banyak mencelah,” jawab Wallace kepada Trump.

Berdasarkan undian pendapat nasional, Biden,77, secara konsisten mendahului Trump 74, bagaimanapun kaji selidik di negeri-negeri penting dalam menentukan keputusan pilihan raya, persaingan di antara kedua-duanya sangat sengit dan sukar untuk menentukan siapakah yang bakal menang.- Agensi

\