KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin memohon maaf kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana gagal menjadi Ketua Menteri Sabah.
Timbalan Ketua Menteri I itu berkata, jawatan tersebut merupakan sasaran UMNO Sabah tetapi pihaknya menyedari adalah sukar untuk menuntutnya dengan dengan hanya memenangi 14 kerusi sahaja pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada Sabtu lalu.
“Saya juga memohon maaf kepada Dato’ Seri Presiden kerana hasrat dan cita-cita beliau dan rakan-rakan yang berkehendakkan saya atau wakil daripada Umno Sabah Menjadi Ketua Menteri
tidak kesampaian,” katanya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah dalam kenyataan hari ini.
Menurut Bung Moktar, beliau berharap pihak-pihak tertentu yang masih bersandiwara menyalahkan pemimpin tertentu dalam hal dan urusan Sabah supaya menghentikan tindakan tersebut dan berlaku adil agar tidak merugikan parti dengan agenda peribadi.
Tambah beliau, ahli parti perlu menjernihkan keadaan dan bukan mengeruhkannya lagi dengan keputusan PRN baru-baru ini.
“Duka dan pedihnya, UMNO Sabah yang merasainya, ‘kita undur selangkah ke belakang bukan bererti kalah, tetapi kita bersedia untuk melangkah jauh lagi ke hadapan’,” ujarnya.
Sementara itu, beliau akan melakukan post mortem untuk mencari punca kekalahan BN di beberapa kerusi yang ditandinginya.
Tambah beliau, pihaknya juga akan membuat penambahbaikan demi memastikan BN dapat merampas semula kerusi-kerusi tersebut pada PRN akan datang. – MalaysiaGazette
Kalau bontot penuh najis, cucilah dulu….Orang yg bontot bersih masih banyakkk baa… President Parti dan bekas president pun bontot penuh najis… Camne
biarlah mahkamah yg menentukan sama ada bontot penuh najis atau bersih dari najis.
Woi Tora Tora Musibat! bontot penuh najis tu lah ko jilat supaya kp dapat jd PM dan KM malaun!
Kalu Madey bertanding DUN Sabah tentu dia menang dan boleh lantik MB Sabah.
Tora Tora ni tali barut Anwar Ibrahim, kepala otak nya ingat bontot je.
X apa bong dapat 2 post masyuk
Kembalilah kepda kepimpinan Islam, Islam terbaik… jangan kita sentiasa menyalahkan orang lain, tetapi bykkan salah diri sendiri dahulu..
Sepatutnya UMNO Sabah bertandinh 73 kerusi, pilihan Bung atau Autonomi yang sudah dibeti. Kenala pandai-pandai Presiden pi cantas jadi 41 kerusi dan bagi kepada desakan PENYANGAK, itulah puncanya. Presiden better you step downlah..