KUALA LUMPUR – AirAsia Group Bhd sedang menilai ‘semua kemungkinan’ termasuk menutup operasi syarikat tersebut di Jepun, kata Tan Sri Tony Fernandes.
Lembaga Pengarah AirAsia akan membuat keputusan dalam seminggu ini.
“Kami baharu membangunkan syarikat dan kemudian Covid-19 melanda.
“Lembaga Pengarah sedang mempertimbangkan semua kemungkinan, termasuk pemberhentian,” kata Fernandes mengenai usaha sama dengan Jepun.
Nikkei awal hari ini melaporkan AirAsia akan menutup operasinya di Jepun, memetik individu sebagai berkata. – MalaysiaGazette