TERKINI : Annuar Setuju Pandangan ‘NETIZEN’ Nyawa Rakyat Lebih Utama

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa bersetuju dengan pandangan netizen agar tidak berlaku Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) dalam tempoh terdekat ini.

Sebaliknya, kata beliau, kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketika ini harus menumpukan kepada usaha mengekang penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan selepas berlaku Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.