Home Politik Tangguh daftar kemasukan, beri pampasan kepada pelajar IPT – Syed Saddiq

Tangguh daftar kemasukan, beri pampasan kepada pelajar IPT – Syed Saddiq

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) diminta memberi pampasan kepada pelajar ekoran penangguhan pendaftaran kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT).

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu mendakwa KPT harus membayar pampasan kerana kenyataan kementerian yang u turn semalam.

Menurutnya, ada pelajar sudah berbelanja untuk mendaftar ke IPT termasuk tiket kapal terbang bagi pelajar dari Sabah dan Sarawak.

“Jangan lupa kebajikan mereka kerana kegagalan kita, kita wajib beri pampasan kerana pelajar terjejas kerana u turn,” katanya dalam video di media sosialnya hari ini.

Menurut Syed Saddiq, ada antara pelajar yang sudah berbelanja untuk deposit sewa rumah, tol dan sebagainya.- MalaysiaGazette