KUALA LUMPUR – Pelawak Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad meluahkan rasa syukur apabila proses mengambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin berjalan lancar.
Menerusi Instagram miliknya, suami kepada penyanyi Siti Sarah itu mengakui dia menerima layanan baik selama 23 jam disiasat.
“Alhamdulillah, syukur. Terima kasih pada semua yang mendoakan saya dan isteri. Saya dipanggil untuk membantu siasatan SPRM berkenaan AMLA.
“Terima kasih pada pihak SPRM kerana memberi layanan yang sangat baik pada saya sepanjang 23 jam siasatan,” katanya.
Sementara itu, Shuib, 36, yang juga seorang usahawan minuman menganggap apa yang berlaku sebagai satu dugaan buatnya dalam bidang perniagaan.
“U pray for the Rain, u have to deal with the mud also,” katanya.
Khamis lalu, media melaporkan pasangan selebritiitu dipanggil ke pejabat SPRM dipercayai berkaitan siasatan penggubahan wang haram. – MalaysiaGazette