Home Politik Nazri diminta cermin diri – Tun Faisal

Nazri diminta cermin diri – Tun Faisal

Tun Faisal Ismail Aziz
Tun Faisal Ismail Aziz

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz diminta supaya mencermin diri sebelum menuding jari ke arah pemimpin lain.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, tindakan Nazri mempersoalkan kewibawaan Ahli Majlis Teringgi UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang dilihat berbeza pendapat dengan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan tidak boleh diterima.

“Kalau orang lain berkata demikian, mungkin saya boleh diterima lagi, tetapi kalau Nazri, tidak payahlah.

“Sebenarnya saya lebih suka jika Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Pegawai-pegawai, Ketua-ketua sayap dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) menyelesaikan perbezaan pendapat mereka di dalam mesyuarat atau di dalam group Whatsapp MKT dan bukan di media massa atau di media sosial,” katanya dalam kenyataan.

Kelmarin, Ahli Parlimen Padang Rengas itu mahu hubungan antara partinya dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diputuskan dengan mendakwa akar umbi UMNO yang mahukannya.

“Akar umbi berasa kita perlu bekerjasama dengan Pas dalam Muafakat Nasional, tanpa PPBM (Bersatu),” katanya kepada portal FMT.

Sebelum ini Mohamad meminta Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi pedoman dan hala tuju jelas dalam kerjasama dengan pesaing politiknya, kerana pendekatan sedia ada didakwa mengecilkan peranan dan melemahkan parti itu sendiri.

Menurut Tun Faisal, pemimpin-pemimpin kanan parti sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada ahli bawahan dan mereka tidak perlu bersikap hipokrit dan pilih bulu seperti yang dilakukan Nazri.

“Saya nak nyatakan, selain Nazri, saya boleh namakan sejumlah pemimpin UMNO yang tidak menghormati institusi Presiden UMNO dan pernah mengkritik secara terbuka Presiden UMNO sebelum dan selepas PRU14.

“Malah senario sejak PRU14 menunjukkan, bukan sahaja ada pemimpin yang mengkritik Presiden, malah ada yang mendesak Presiden meletak jawatan, bercuti dan mengugut untuk melompat parti,” ujarnya.

Tun Faisal berkata, seandainya Presiden parti itu tidak dihormati, bagaimana dengan nasib Timbalan Presiden parti.

Tambah beliau, tindakan menyanggah Presiden dan Timbalan Presiden UMNO ini sudah berlaku sejak sekian lama dan ia dilakukan oleh ramai pemimpin UMNO, termasuk Ahli MKT yang dilantik (bukan dipilih) seperti Nazri. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Dah betul laa tu…..
    Kami rakyat marhain dn juga ahli UMNO mmg sudah mluat dn muntah lah dgn perangai2 longkang segelintir veteran2 yg masih lg menyalak dlm organisasi parti ini…
    Masih kedapatan lg pemimpin yg jauh lbh bwibawa dlm menerajui UMNO….akar umbi sudah mula mluat bila mana isu pemimpin ini tdk boleh/dapat dputuskn dgn baik…
    Beri lah peluang kpd muka/tokoh baru yg tidak terpalit dgn sebarang pendakwaan mahkamah…(nti ibarat kena cucuk hidung)…. UMNO BERGERAK DGN MARUAH BUKAN JADI ‘BARUA’ atas kePentingan peribadi/tertentu…

Comments are closed.