KUALA LUMPUR – Tindak-tanduk Datuk Dr Noraini Ahmad yang seringkali didakwa membuat keputusan flip-flop akhirnya menyusahkan golongan mahasiswa dan ibu bapa.
Menteri Pengajian Tinggi (KPT) itu didakwa berulang-kali membuat pengumuman pada saat-saat akhir sepanjang negara bertarung dengan pandemik Covid-19.
Setiausaha Unit Pendidikan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Yuslaini Azmi berkata, pada 17 Mac yang lalu ketika malam pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk perintah kawalan pergerakan (PKP), Noraini telah mengarahkan pelajar pulang ke rumah namun pada keesokan harinya pada 18 Mac, beliau membuat pusingan-U melarang pula pelajar untuk pulang.
Keadaan itu mengakibatkan sebahagian besar pelajar tersadai di asrama dan rumah sewa masing-masing.
Akibatnya, ada dalam kalangan besar pelajar terpaksa mengikat perut untuk meneruskan kelangsungan hidup akibat tidak cukup wang pada waktu itu dan hari ini perkara sama juga terjadi.
Setakat ini, netizen terus mempopularkan hashtag #MenteriKPTletakjawatan dan #SiswaJagaSiswa akibat keputusan beliau yang menyusahkan pelbagai pihak.
Walaupun Noraini meminta maaf atas kesilapannya, namun AMK melihat Dr Noraini gagal melaksanakan tugas sebagai seorang menteri untuk menjaga generasi perintis masa depan negara dengan baik.
Sedangkan, beliau seharusnya menggubal polisi pendidikan ke arah lebih baik malah sehingga sekarang tiada perancangan jangka masa panjang buat masa depan anak bangsa negara.
”Kami sendiri belum pernah mendengar idea segar daripada beliau dalam melahirkan masyarakat yang berilmu malahan apa sahaja keputusan daripada pihak menteri KPT tiada tindakan susulan bagi meringankan beban para pelajar. Setidaknya beliau sudah memikirkan solusi untuk setiap pengumuman yang dilakukannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Berikutan itu, AMK mendesak agar pihak KPT membantu mahasiswa yang terkandas di kolej atau universiti pulang ke rumah masing-masing.
KPT juga perlu memastikan juga setiap mahasiswa mempunyai komputer peribadi untuk meneruskan pembelajaran atas talian (e-learning) supaya mereka tidak ketinggalan dalam proses pembelajaran.
Bukan itu sahaja pihak KPT sepatutnya berkolaborasi dengan pelbagai kementerian seperti Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk meringankan beban penuntut-penuntut dalam beberapa isu berkaitan mereka.
Contohnya isu capaian Internet, pihak KPT boleh berbincang dengan Kementerian Komunikasi dan Multi Media untuk memberi kemudahan akses percuma pada para pelajar bagi memudahkan mereka mengikut pembelajaran atas talian (e-learning) supaya tiada lagi kes seperti Veveonah yang terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan akses Internet.
Yuslaini berkata, jika Noraini masih kekal dengan momentum seperti ini dalam mengendalikan KPT dan tiada visi dalam sistem pendidikan negara, AMK menyarankan beliau meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada orang yang selayaknya. – MalaysiaGazette
berkolaborasi=collaborate=berkerjasama dll, sila martabatkan bahasa Melayu kecuali ciplak versi indon ngomong dong.
Sembang pada je la puak AMK ni…menangguk di air yg keruh…dulu awal2 Covid19 masa PH memerintah, ko tak de lak memekak
Laaa tu bukan salah dia laaa…dia dan IPT dah buat persediaan berbulan2…korang terutama si Pie Bedal gatal buat PRN Sabah, tu yg tiba2 merebak last minit…so Menteri terpaksalah buat keputusan tergempar atas nasihat KK dan MKN utk selamatkan nyawa siswa..ko ni ahlul politik mmg bangang laaa..korang yg menyebabkan virus tu tetiba merebak…lepas tu nak tunding jari kpd orang lain…