SINGAPURA- Singapura akan melanjutkan program bantuan Covid-19 yang melibatkan pinjaman dan pembiayaan perumahan kepada individu dan syarikat kecil sehingga tahun depan.
Langkah itu diambil susulan pandemik Covid-19 yang masih berterusan.
“Ramai individu dan perniagaan yang masih mengalami tekanan aliran tunai sehingga awal 2021,” kata Monetary Authority of Singapore dan persatuan-persatuan yang mewakili industri kewangan republik tersebut dalam satu kenyataan.
Program-program bantuan tersebut merangkumi penangguhan bayaran pembiayaan perumahan dan kadar faedah yang lebih rendah kepada pinjaman yang diperkenalkan pada April lalu dan sepatutnya berakhir 31 Disember ini.
Langkah-langkah tersebut akan ditamatkan secara berfasa sepanjang 2021, kata mereka.
Singapura telah melanjutkan kira-kira S$100 bilion atau 20 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasarnya bagi menyediakan program meringankan beban isi rumah dan perniagaan yang terjejas akibat Covid-19.
Kerajaan sedang memperkenalkan sebuah program yang menyediakan proses insolvensi yang lebih cepat dan berkos rendah kepada syarikat-syarikat kecil untuk menstruktur semula hutang mereka atau menutup perniagaan akibat Covid-19.- MalaysiaGazette