Home Sukan Red Devils hubungi Pochettino ganti Solskjaer?

Red Devils hubungi Pochettino ganti Solskjaer?

Manchester United dikatakan telah menghubungi bekas pengurus Spurs Pochettino untuk menggantikan kedudukan Ole Gunnar Solskjaer

LONDON – Manchester United telah menghubungi Mauricio Pochettino untuk menggantikan Ole Gunnar Solskjaer sebagai Pengurus Red Devils, ,menurut laporan media.

United dimalukan Tottenham Hotspur apabila tewas 1-6 di Old Trafford pada Ahad lalu.

Pochettino tidak terikat dengan mana-mana kelab sejak dipecat Spurs setahun lalu.

Menurut laporan media, pengurusan kelab itu dikatakan telah menghubungi wakil Pochettino bagi menggantikan Solskjaer.

Laporan media juga  mendakwa Ahli Lembaga United mahu melihat keputusan lebih baik daripada Solskjaer dan Ed Woodward tidak mahu memecatnya, sebaliknya mahu memberikan lebih masa untuk membangunkan semula kelab itu.-MalaysiaGazette