PARIS – Perancis melaporkan kenaikan harian kedua jangkitan Covid-19 baharu pada hari Rabu dalam masa lima hari, dengan hampir 19,000 kes tambahan dalam tempoh 24 jam.
Berikutan itu, jumlah kemasukan ke hospital untuk penyakit itu mencapai tahap tertinggi dalam tempoh tiga bulan.
Pihak berkuasa kesihatan Perancis mengatakan terdapat 18,746 kes tambahan, berbanding rekod sebelumnya pada 3 Oktober hanya 16,972, melonjak dengan ketara berbanding hari Selasa sebanyak 10,489.
Jumlah kumulatif kes jangkitan Covid-19 sejak bermulanya wabak pada bulan Mac kini berjumlah 653,509 – ke-10 tertinggi dunia.
Presiden Perancis Emmanuel Macron melaksanakan sekatan baharu untuk membendung wabak itu, seperti penutupan bar pada pukul 10 malam di bandar-bandar besar termasuk Paris.
“Di tempat-tempat yang menyaksikan penularan wabak terlalu cepat … sekatan pergerakan dilaksanakan,” kata Macron semasa wawancara yang disiarkan di dua saluran televisyen utama Perancis.
Pihak berkuasa kesihatan Perancis mengatakan lebih daripada 7, 500 pesakit kini dirawat di hospital untuk Covid-19, menandakan kenaikan kes tiga bulan dan peningkatan lebih daripada 65 peratus dari titik rendah 4,530 yang dicapai pada 29 Ogos.
Bimbang sistem hospital terjejas akibat lonjakan kes mendorong kerajaan melaksanakan sekatan pergerakan yang ketat di Eropah antara 17 Mac dan 11 Mei.
Walau bagaimanapun, jumlah pesakit di unit rawatan rapi telah menurun, sebanyak 10 hingga 1, 416, untuk pertama kalinya dalam hampir tiga minggu, walaupun jumlah itu masih hampir empat kali lebih tinggi daripada 371 orang pada 31 Julai lalu.
Angka korban akibat Covid-19 meningkat 80 orang kepada 32,445 orang. – MalaysiaGazette