Home Ekonomi KWSP lupus 800,000 saham DRB-Hicom

KWSP lupus 800,000 saham DRB-Hicom

Caruman untuk pekerja 60 tahun sudah berkuatkuasa.

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bukan lagi pemegang saham besar di dalam DRB-Hicom Bhd.

Menurut kenyataan DRB-Hicom kepada Bursa Malaysia, KWSP hanya mempunyai kurang lima peratus pegangan di dalam konglomerat tersebut.

Semalam, KWSP melepaskan satu blok pegangan saham sebanyak 800,000 unit saham biasa DRB- Hicom.

Sebelum ini, KWSP memiliki 96.7 juta saham atau lima peratus pegangan di dalam DRB-Hicom. – MalaysiaGazette