Home Politik Hajiji jalani kuarantin kendiri selama dua minggu

Hajiji jalani kuarantin kendiri selama dua minggu

Hajiji Noor

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor akan menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu bermula hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong berkata ia sebagai langkah berjaga-jaga setelah beliau terdedah dengan individu yang didapati positif COVID-19.

“Kerajaan negeri akan berfungsi seperti biasa,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Safar berkata sekiranya mesyuarat perlu diadakan, ia akan dibuat melalui persidangan video.

Kota Kinabalu merupakan antara lapan daerah di negeri ini yang dikategori sebagai zon merah. Daerah lain ialah Papar, Tuaran,Tawau, Lahad Datu, Semporna, Sandakan dan Kunak.

— BERNAMA