Home Nasional Ketua Pengarah Jakim meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh

Ketua Pengarah Jakim meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh

Allahyarham Datuk Paimuzi Yahya

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim), Datuk Paimuzi Yahya dilapor menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Buloh pada pukul 1 petang tadi.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumahnya di Kuang, Gombak untuk urusan pengkebumian.

Unit Komunikasi Korporat Jakim dalam satu kenyataan semalam memaklumkan, Paimuzi bebas daripada jangkitan Covid-19.

Menurut kenyataan itu, Paimuzi menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 kelmarin di Hospital Sungai Buloh dan telah mendapati keputusan negatif.

Bagaimanapun, memandangkan faktor sejarah kesihatan beliau yang kurang memuaskan, pihak hospital mencadangkan agar beliau ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) bagi mendapatkan rawatan susulan. – MalaysiaGazette