KUALA LUMPUR – UMNO akan meneliti hasil pertemuan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diperkenan menghadap Yang DiPertuan Agong (YDPA) Selasa depan.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu, penelitian itu akan dilakukan secara penuh bijaksana.
“Apa yang boleh saya nyatakan di sini ialah UMNO akan meneliti dengan penuh bijaksana hasil pertemuan dalam majlis menghadap Yang DiPertuan Agong,” kata Ahmad Zahid kepada portal Suara Merdeka hari ini.
Beliau berkata, dalam hal ini, pendirian UMNO jelas sebagaimana keputusan Majlis Tertinggi (MT) terdahulu.
Sebelum itu, YDPA, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenankan Anwar yang juga Ketua Pembangkang untuk menghadap.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Apa nak teliti lagi. Dulu kan macam dah sokong DSAI . Tujuan Dr Zahid sokong DSAI ialah sebagai ugutan supaya TSMY bubar Parlimen. TSMY rasanya tak bubar parlimen kerana covid menggila. Jadi terima lah DSAI dan DAP memerintah negara ini. Apa yg UMNO dapat? Dapat DAP sebagai kawan.
Zahid Hamidi adalah anak didik Anwar Ibrahim so tidak hairan la..
Itu sebab kenapa masa PAU lepas banyak bahagian yg tidak sokong Zahid tetapi kerana Duit semua itu tolak tepi
Zahid, tutup sahaja lah mulut anda dan duduk diam2. Apa saja yg keluar dari mulut anda itu hanyalah bersifat sampah semata-mata.