Home Uncategorized SKMM beri amaran penyebar berita palsu menteri dijangkiti Covid-19

SKMM beri amaran penyebar berita palsu menteri dijangkiti Covid-19

SKMM
SKMM gesa orang ramai manfaatkan Jendela Map bagi mengetahui status liputan rangkaian perkhidmatan jalur lebar di kawasan tempat tinggal.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberi amaran akan mengambil tindakan berhubung penyebaran berita palsu yang tular di media sosial yang mendakwa seramai 13 Menteri Kabinet telah dijangkiti Covid-19 beberapa hari lalu.

Perkara tersebut telah pun dinafikan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hariannya.

”MCMC memberi amaran kepada orang awam agar tidak menyebarkan berita yang palsu dan sentiasa berwaspada dengan penyebaran maklumat atau berita yang diragui kesahihannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut suruhanjaya itu, tindakan tegas boleh diambil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SKMM jika terdapat perlakuan kesalahan di bawah mana-mana peruntukan undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998. – MalaysiaGazette