Home Pendapat Seloroh ‘Abah’ yang disalah tafsir netizen

Seloroh ‘Abah’ yang disalah tafsir netizen

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENGAMBIL alih teraju kepimpinan negara bukan pada masa terbaik ekoran ancaman Covid-19, di antara keputusan pertama Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah untuk ‘mematikan’ aktiviti ekonomi dengan pelaksanaan PKP pada 18 Mac lalu.

Akibat tindakan drastik itu, negara mengalami kerugian RM2.4 bilion setiap hari sepanjang PKP.

Pelaksanaan PKP akhirnya membuahkan hasil apabila Malaysia berjaya meratakan lengkungan jangkitan virus Covid-19 dan mendapat pujian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta negara-negara asing seperti China dan Indonesia.

Bukan setakat itu, kerajaan pimpinan Muhyiddin turut mengumumkan usaha termasuk Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) berjumlah RM260 bilion dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) sebanyak RM35 bilion untuk meringankan beban rakyat yang terjejas kerana pandemik Covid-19 ini.

Berikutan keprihatinan dan kecekapan ditonjol oleh Muhyiddin sebagai ketua kerajaan, netizen telah mula menggelarnya dengan panggilan ‘Abah’.

Pemimpin lain yang turut diberikan gelaran adalah “Pak Long” Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan “Pak Ngah” Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Pada 6 Oktober 2020 lalu, Muhyiddin telah menyampaikan perutusan yang disiarkan di televisyen, ada segelintir  pihak tidak menerima perutusan itu dengan ‘baik’, malah yang ada agenda pula menggunakan ianya untuk terus berpolitik demi kepentingan peribadi.

Ketika berucap Muhyiddin secara berseloroh berkata “Maaflah jika abah ini mula menggunakan rotan”.

Beliau cuba membuat penegasan semua rakyat Malaysia mesti patuh kepada SOP dan arahan dikeluarkan oleh kerajaan, mana-mana pihak yang melanggar serta enggan mematuhi SOP akan dikenakan tindakan tegas.

Bagaimanapun, kali ini penggunaan kata ganti nama yang sebelum ini diberikan sendiri oleh segelintir kecil netizen telah mengundang reaksi negatif daripada netizen sama hari ini.

Mereka berpendapat perutusan khas yang berlaku sejurus selepas 691 kes baru di laporkan dan jumlah kes aktif mencapai tahap tertinggi baru pada 2,936 kes sepatutnya lebih serius.

Pada mereka tidak sesuai untuk bergurau tentang ‘abah rotan’, padahal di antara kematianCovid-19 yang dilaporkan pada hari tersebut termasuk seorang bayi perempuan berusia satu tahun.

Sentimen khuatir dan perasaan resah yang menyelebungi netizen pada masa itu telah menyaksikan hashtag #MuhyiddinOut di gunakan netizen bagi menyuarakan rasa tidak puas hati dan menggesanya meletak jawatan di laman sosial media.

Netizen tidak boleh dipersalahkan untuk reaksi ini memandangkan sisi pandangan mereka, sememangnya reaksi tersebut nampak seperti ada justifikasi.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri turut tidak bersalah dan tidak wajar beliau di kritik kerana ucapannya.

Ucapan Muhyiddin tersebut menyusuli pengumaman bahawa jumlah kes aktif mencatat tahap tertinggi yang telah menimbulkan keresahan bukan sahaja di kalangan rakyat tetapi juga di kalangan para pelabur asing.

Tidak di nafikan bahawa virus Covid-19 telah pun menggegarkan satu dunia dari sudut kesihatan, keselamatan, ekonomi dan sosial di setiap negara.

Hakikatnya, serangan Covid-19 telah menyebabkan perkembangan ekonomi negara kita terjejas teruk sehingga Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia hanya tumbuh 0.7 peratus berbanding 3.6 peratus yang dicatatkan pada suku tahun keempat 2019.

Pertumbuhan ini merupakan kadar pertumbuhan terendah yang dicatatkan semenjak suku tahun ketiga 2009.

Ekonomi Malaysia dijangka terus menguncup pada suku kedua ini adalah refleksi kepada durasi pembendungan yang dilakukan di peringkat nasional dan dunia.

Untuk membangunkan ekonomi negara pasca pandemik ini, perkara nombor satu yang perlu diambil kira adalah pelaburan langsung asing (FDI) serta pelaburan langsung domestik (DDI).

Untuk memastikan tahap keyakinan pelabur asing dan domestik kekal tinggi untuk terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pasca Covid-19, kerajaan harus menunjukkan mereka mampu menawarkan persekitaran yang selamat dan kondusif.

Ini sekali gus memberi imej positif tentang negara kita serta keyakinan kepada pelabur-pelabur asing untuk melabur di dalam ekonomi kita.

Kita hanya perlu merujuk kepada implikasi berita buruk diwar-warkan kepada ekonomi dengan apa yang berlaku selepas PRU 14 pada tahun 2018.

Dulu ketika mula-mula Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah, dakwa mereka hutang negara sudah mencecah RM 1 trillion ringgit.

Perkiraan hutang ala Pakatan ini tidak menepati mana-mana piawaian antarabangsa yang ditetapkan untuk mengira jumlah hutang sesebuah negara dan di sebut berulang kali untuk tujuan politik.

Kenyataan palsu seperti itu telah adalah punca utama pelabur asing menjual saham dan membawa keluar dana mereka daripada negara kita.

Akibatnya, pertumbuhan KDNK pada suku kedua 2018 selepas PH mengambilalih menjunam kepada 4.5 peratus dan ia turun lebih jauh berbanding unjuran penganalisa ekonomi.

Ia kini jatuh dan berada di bawah Thailand dan Indonesia biarpun sebelum ini Malaysia menikmati pertumbuhan yang sangat baik pada tahun-tahun sebelum ini berbanding dua negara jiran itu.

Malah, sejak Januari lalu, RM303 bilion hilang dari pasaran Bursa Saham Malaysia apabila permodalan pasaran mengalami penurunan daripada RM1, 646 bilion kepada RM1,343 bilion.

Kerugian ini merangkumi semua sektor termasuk pelaburan saham seperti unit amanah malah kejatuhan harga saham ini boleh di jadikkan tanda aras mengukur tahap kerugian di alami negara.

Oleh yang demikian apabila berita melular bahawa Malaysia telah mencatatkan rekod untuk bilangan kes aktif Covid, ianya secara automatik menjadi tanggungjawab Muhyiddin untuk memberi keyakinan kepada pelabur bahawa keadaan semasa adalah terkawal dan angka yang diberikan itu tidak memberikan gambaran yang sebenar.

Walaupun bilangan kes yang dicatatkan adalah tinggi, kebanyakan kes yang berlaku adalah dalam kalangan tahanan dalam penjara, kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara bersasar dan kluster yang telah pun dikenal pasti.

Kesemua kawasan tersebut di pantau pada setiap masa dan aktiviti pengesanan kes serta kontak rapat di jalankan secara aktif.

Hal itu menyebabkan lebih banyak kes positif Covid-19 dikesan yang menyumbang kepada peningkatan statistik harian di dalam negara sekali gus menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat.

Muhyiddin berseloroh untuk ‘lighten the mood’ dan memberi keyakinan kepada para pelabur bahawa situasi sebenar adalah tidak seburuk seperti yang digambarkan oleh statistik tersebut.

Sekiranya Muhyiddin ‘tumpang murung’ dan ‘berkabung’ seperti kehendak segelintir netizen, sentimen pelabur akan terjejas dan mereka akan berpusu-pusu untuk mengeluarkan pelaburan mereka.

Perkara ini telah pun kita lihat berlaku pada awal pemerintahan kerajaan Pakatan dan perkongsian tersebut telah pun dibuat sebelum ini.

Sebelum mencipta #MuhyiddinOut, golongan ini tidak mengambil kira pengumuman Bantuan Prihatin Nasional 2.0 dengan peruntukan hampir RM7 bilion mahupun pengagihan RM9 billion untuk BPN bulan Mac lalu.

Sebenarnya adalah sesuatu yang tidak masuk akal untuk meminta seorang Perdana Menteri yang kerajaannya di puji dunia luar kerana berjaya mengendalikan penularan pandemik Covid-19 dan impaknya terhadap ekonomi dengan baik.

Adakah ‘Abah’ berseloroh kerana beliau tidak sensitif terhadap kematian seorang bayi di Sabah? Tidak. Abah berseloroh demi keyakinan pelabur, demi ekonomi dan masa depan negara. Itulah realitinya.

Peranan pemimpin pembangkang mengambil kesempatan di dalam situasi ini harus di kritik juga namun demikian, tujuan artikel ini bukan mengenai peranan PH menghasut untuk kepentingan politik.

Sebaliknya, artikel ini ditulis untuk kongsi tujuan dan rasional di sebalik keselorohan Muhyiddin Yassin yang menjadi viral di sosial media. -MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Puak2 bodoh yg gila anggap bnda tu terguris hati org ramai..aku nak nasihat kpd org ramai di luar sana , klu bodoh bab bhsa n gurauan baik tak pyh dgr..nnti org ckp bodoh marah..mmg nampak sgt kbodohan ko tu..ini biasa nya puak2 ph bngan n dap kafir harbi ni..

  2. Abah bukan seloroh tp gelojoh….skrng mna dngr lgi isu perkauman, pemandu mabok, arak, lgbt, sajat hudud yg dulu 24 jam diwarwarkan pd nitizen…sbb apa.. Sbb puak2 sakai penyamun lebai sesat busuk hati ni dh jadi kerajaan…skrng mmg patutla ada #muhyidinout #pmout

  3. Muhyuliddin ni tak bercakap lagi baik. Kalau dia bercakap mesti bau hancing dan busuk macam mulut sakatua95nakmampos tu. #muhyiddinout

Comments are closed.