Home Seni Hidup Fazura, Fattah pilih nama Nur Fatima Aisya

Fazura, Fattah pilih nama Nur Fatima Aisya

Foto Instagram fattzuralovelife.

KUALA LUMPUR – Pelakon Nur Fazura berkongsi nama diberi kepada puteri sulung iaitu Nur Fatima Aisya genap seminggu selepas dilahirkan.

Menerusi akaun Instagram (IG), @fattzuralovelife, Fazura memuat naik video menampakkan dia memangku bayi yang dilahirkan di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara.

“Assalamulaikum… Hari ini genap tujuh hari saya dilahirkan pada hari Jumaat, 2 Oktober 2020.

“Nama saya ialah Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah. Fatima sudah berusia seminggu hari ini. Tapi Daddy dan Mommy kata Fatima masih muda sangat lagi untuk media sosial,” tulisnya.

“Tapi Fatima tahu, ramai yang selalu selalu doakan Fatima. Fatima syukur sangat pada ‘aunties’ dan ‘uncles’ semua… Terima kasih. Fatima tidak sabar hendak jumpa semua apabila Daddy dan Mommy fikir Fatima sudah sedia,” katanya.

Kapsyen itu turut menyebut Fazura dan suaminya, Fattah Amin hanya bersedia mendedahkan anak mereka kepada semua pihak apabila tiba masa sesuai.

Sebelum ini, pasangan selebriti popular itu memohon diberi sedikit masa untuk mendedahkan nama dan wajah anak mereka sehingga tujuh hari dilahirkan selaras sunnah Rasulullah SAW.

Fattah dan Fazura melangsungkan pernikahan pada majlis tertutup di sebuah hotel ibu negara pada 27 November 2017. – MalaysiaGazete