PAKISTAN – Pakistan menharamkan Aplikasi media sosial TikTok atas alasan syarikat itu gagal mengawal kandungan yang tidak dibenarkan.
Pihak berkuasa Pakistan menjelaskan, langkah itu diambil selepas menerima aduan tentang kandungan yang tidak bermoral dalam aplikasi berkenaan.
TikTok yang dimiliki oleh syarikat China, Bytedance adalah aplikasi ketiga yang paling banyak dimuat naik, selepas WhatsApp dan Facebook.
India dan Amerika Syarikat t pernah mengambil tindakan untuk mengharamkan aplikasi tersebut.
Kata Hareem yang mempunyai lebih 4,000,000 pengikut di TikTok, aplikasi itu sebaliknya menjadi platform untuk mempamerkan bakat anak muda Pakistan kepada seluruh dunia.
Dia menegaskan bahawa langkah itu akan menekan kebebasan kreatif di Pakistan. – MalaysiaGazette