Home Nasional Kota Belud pula dikenakan PKPB

Kota Belud pula dikenakan PKPB

Kota Belud pula dikenakan PKPB. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Ekoran peningkatan kes Covid-19 di Kota Belud, Sabah kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuatkuasa 13 Oktober sehingga 26 Oktober ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah tersebut adalah bagi membendung penularan virus Covid-19 serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan.

Katanya, antara syarat yang perlu dipatuhi penduduk sepanjang tempoh PKPB itu adalah hanya dua orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan untuk keluar bagi mendapatkan bekalan makanan dan keperluan.

“Semua sekolah, tadika, institusi pengajian tinggi, masjid dan rumah ibadat lain ditutup sepanjang tempoh ini

“Aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya adalah tidak dibenarkan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Sektor ekonomi berkaitan perkhidmatan perlu termasuk kilang-kilang dan rantaian berkaitan dalam perkhidmatan perlu adalah dibenarkan.

Sektor pekerjaan yang berkaitan dengan perkhidmatan perlu (essential service), perikanan, perladangan, pertanian turut dibenarkan.

Pasar borong, pasar tani, kedai barang keperluan, kedai runcit adalah dibenarkan beroperasi.

Kedai-kedai makan, warung juga boleh dibuka tetapi terhad untuk pembelian secara pandu lalu, penghantaran dan bungkus bawa pulang.

Farmasi dan klinik juga dibenarkan beroperasi. -MalaysiaGazette