KUALA LUMPUR – Polis hari ini menahan tiga individu bagi membantu siasatan kes perjudian Online Calling Centre, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.
Ketiga-tiga individu tersebut sebelum ini telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Kesemua mereka yang ditahan di luar ibu pejabat SPRM petang tadi selepas dibebaskan dengan jaminan akan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman esok.
Terdahulu SPRM memaklumkan, kesemua individu tahanan reman yang terlibat siasatan kes sindiket perjudian dalam talian dan pengubahan wang haram dilepas dengan jaminan.
Artikel berkaitan: Kes cuci duit: 9 termasuk anggota, pegawai polis dilepas dengan jaminan
Sembilan individu termasuk tujuh anggota dan pegawai polis yang kemudian diserah ke Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman untuk siasatan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 berikutan kes diklasifikasi sebagai jenayah bersindiket. – MalaysiaGazette
Tahniah pihak JSJ Bukit Aman yang diketuai Dato’ Huzir kerana bertindak profesional membenteras penjenayah Macau scam.