LONDON – Pemain baharu Manchester United, Facundo Pellistri mengakui dia tidak pernah membayangkan akan mendapat peluang bermain di Liga Perdana inggeris (EPL).
Pemain sayap berusia 18 tahun ini menolak tawaran Lyon dari Perancis pada saat-saat akhir untuk menyertai Manchester United.
Pemain muda dari Uruguay itu secara rasmi menyertai The Red Devils dari Penarol pada hari terakhir pasaran perpindahan.
Dia telah menandatangani kontrak lima tahun di Old Trafford dengan pilihan selama 12 bulan.
“Terdapat banyak perbincangan mengenai dua tawaran itu. Pertama datang dari Lyon dan kemudian Manchester United.Saya sangat gembira dengan peluang itu,” kata Pellistri kepada media di negara.
“Itu tidak dapat dibayangkan dengan kata-kata kerana saya telah dapat bermain di pasukan utama bersama Penarol dan sekarang saya melakukannya dengan Manchester United.
“Saya tidak akan pernah memimpikannya dan ini adalah sesuatu yang sangat emosi bagi saya dan keluarga,” katanya. – MalaysiaGazette