Home Sukan Hamilton kini setaraf Schumacher

Hamilton kini setaraf Schumacher

Lewis Hamilton. Foto Eurosport.

NURBURGRING – Lewis Hamilton membuktikan dia bakal menjadi legenda selepas  menyamai rekod 91 kemenangan Michael Schumacher.

Kejayaan tersebut diraih oleh juara dunia enam kali itu selepas menjuarai Grand Prix (GP) Eifel, semalam.

Hamilton berjaya melupakan kekecewaan di GP Rusia dua minggu lalu apabila menjadikan Litar Nurburgring sebagai pentas mencipta sejarah yang kembali menganjurkan saingan berprestij itu sejak 2013.

Pemandu Britain itu mengatasi Max Verstappen dari Red Bull, manakala  pelumba Renault, Daniel Ricciardo di tempat ketiga.

Kemenangan juga mengukuhkan kedudukan Hamilton selaku pendahulu dunia sekali gus menghampiri rekod tujuh kejuaraan yang kini dipegang Schumacher, legenda Formula Satu (F1) Jerman, – MalaysiaGazette