Home Seni Hidup Susah hidup tanpa Abam – Isteri

Susah hidup tanpa Abam – Isteri

Foto Instagram Abam_Bocik.

KUALA LUMPUR – Balu kepada pelawak Abam Bocey iaitu Nor Hidayah mengakui perjalanan hidupnya berdepan kesukaran tanpa insan tersayang di sisi selepas lapan bulan pemergian suami tercinta.

Mengakui terpaksa menahan kerinduan, Hidayah berkata, dia kuatkan diri dan cekalkan hati untuk meneruskan kehidupan bersama anak tunggal mereka iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

“10.10.2020… lapan bulan abang (Abam) pergi, yang hidup pasti akan mati, sayang (merujuk dirinya) akan menyusul kemudian abang.

“Sayang cuba teruskan hidup tanpa abang di sisi… sangat sukar, sangat susah dan sangat sakit nak lalui semua tapi kekuatan sayang, keluarga… Alhamdulillah sayang bangun untuk capai impian kita,” luahnya menerusi laman Instagram.

Sementara itu, Nor Hidayah berkata, dia masih memegang janji dan amanat yang ditinggalkan oleh arwah.

Malah, dia turut melahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk memiliki sebuah kedai makan tercapai hasil doa orang ramai.

“Sayang akan pegang semua amanat abang menjaga anak kita sebaik-baiknya, InsyaAllah!

“Sekarang sayang dah ada kedai berkat doa dari semua orang. Aku yakin pada-Mu Ya Allah, aku yakin rancangan-Mu.

“Sesungguhnya Engkau Yang Maha Berkuasa dan Yang Maha Mengetahui semuanya… Al-Fatihah buat suamiku Syed Umar Mokhtar!,” ujarnya.

Nor Hidayah dan Abam bernikah di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam pada 8 Disember 2017.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia setahun dua bulan.

Allahyarham Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari lalu selepas dua hari mengalami demam panas. – MalaysiaGazette