Home Ekonomi Amiruddin Satar Pengarah Besar baharu Felda

Amiruddin Satar Pengarah Besar baharu Felda

Amiruddin Abdul Satar

KUALA LUMPUR – Datuk Amiruddin Abdul Satar dilantik sebagai Pengarah Besar Felda yang baharu berkuatkuasa 15 Oktober lalu.

Beliau yang berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Henley Business School University of Reading, United Kingdom mempunyai pengalaman lebih 31 tahun dalam bidang kewangan dan perniagaan.

Sebahagian besar karier korporat beliau adalah bersama KPJ Healthcare Berhad, yang mana kali terakhir berkhidmat sebagai Presiden dan Pengarah Urusan syarikat tersebut.

Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Penasihat Association of Chartered Certified Accountant (ACCA) Malaysia.

Felda dalam kenyataannya berkata, organaisasi itu yakin dengan kehadiran Amiruddin akan membawa kesinambungan kepada usaha-usaha pemulihan dan
transformasi syarikat itu pada landasan yang tepat. – MalaysiaGazette

+ posts