Home Utama Anwar nafi ada kaitan dengan syarikat di Bursa Malaysia

Anwar nafi ada kaitan dengan syarikat di Bursa Malaysia

Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR- Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan kaunter-kaunter saham yang sedang meraih keuntungan ketika ini mempunyai kaitan dengan beliau.

Jelasnya, beliau tidak mempunyai saham di dalam syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.

“Cakap-cakap yang mengaitkan nama saya dengan syarikat tertentu adalah berita palsu dan berniat menipu para pembeli saham.

“Saya meminta Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti  memantau dan mengambil tindakan sewajarnya agar pasaran saham tidak dimanipulasi oleh individu tertentu untuk mengaut keuntungan dengan menyebarkan berita palsu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selepas Anwar memaklumkan beliau akan menemui Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Selasa, aktiviti-aktiviti di kaunter Advance Synergy Bhd., Malayan United Industries Bhd, (MUIIND) dan Pan Malaysia Holdings Bhd. melonjak.

Kaunter-kaunter itu menjadi tumpuan, dipercayai kerana adik perempuan beliau, Farizon Ibrahim merupakan pengarah MUIIND dan Pan Malaysia Holdings.

Dalam pada itu, terdapat laporan yang menyebut Pengerusi Advance Synergy Group juga mempunyai kaitan dengan Anwar.- MalaysiaGazette