Home Seni Hidup Perit rasa bila anak keluar rumah demi belajar – Aaron

Perit rasa bila anak keluar rumah demi belajar – Aaron

Foto Instagram Aaron Aziz.

KUALA LUMPUR – Pelakon Datuk Aaron Aziz sayu untuk melepaskan anak sulungnya iaitu Danish Anaqi, 16 untuk terbang ke Jepun bagi menyambung pelajarannya selama tiga tahun.

Menerusi Instagram miliknya, Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 44, percaya Allah SWT akan melindungi anak lelaki tunggalnya walaupun dia berat melepaskan pergi.

“TabarakAllah Ya Allah engkau la sebaik-baiknya penjaga untuk anakku @danishanaqiaaron. Saya tinggalkan dia di tanganMu Ya Allah.

“Lindungi dia dan semua pelajar daripada bahaya yang dapat dilihat dan tidak dilihat. Berat hati ini melihat anak sulungku keluar negara untuk tiga tahun di Jepun,” luahnya.

Aaron turut memaklumkan, Danish mengambil kursus pra diploma dalam jurusan Politik Global di sebuah kolej di negara matahari terbit itu.

Pelakon lem KL Gangster itu berkongsi foto dan video ketika dia menghantar anaknya di sebuah lapangan terbang menerusi laman Instagram miliknya.

Menerusi video yang dikongsi, Aaron berdoa agar segala urusan Danish dipermudahkan dan berharap anaknya dapat melakukan yang terbaik.

“Ya Allah, lindungilah anakku dan semua pelajar. Permudahkan segala urusan mereka, beri mereka ketenangan dalam pelajaran dan agama. Kelilingilah mereka dengan kasih sayang dan orang baik-baik.

“Perliharalah dia dari kezaliman manusia, malapetaka, bencana, penyakit wabak dan juga gangguan syaitan serta jin. Jaga diri abang, daddy loves you. Do your best in college, bye sayang and all the best, ” ujarnya.

Selain Danish, Aaron juga mempunyai dua orang cahaya mata perempuan iaitu Dwi Ariana, 14, Dahlia Arissa, 10.

Aaron mendirikan rumah tangga dengan Datin Diyana Halik pada 2003. – MalaysiaGazette