KUALA LUMPUR- Kementerian Kewangan (MoF) menafikan dakwaan bahawa kerajaan telah meluluskan pembiayaan atau memberi jaminan pinjaman kepada mana-mana syarikat penerbangan.
“Kementerian Kewangan mahu menjelaskan bahawa ia tidak pernah meluluskan sebarang pinjaman kerajaan atau memberi jaminan pinjaman kepada mana-mana syarikat penerbangan,” kata kementerian itu dalam kenyataan ringkas hari ini.
Terdahulu, media melaporkan AirAsia Bhd berjaya memperolehi pinjaman sebanyak RM1 bilion yang mana 80 peratus daripadanya dijamin oleh Kementerian Kewangan.
Pinjaman yang akan dikeluarkan bulan depan itu akan dibuat oleh sekumpulan bank di bawah satu skim kerajaan untuk membantu syarikat-syarikat bermasalah akibat Covid-19.
Laporan oleh Nikkei Asia dan dipetik oleh pelbagai media itu telah menerima pelbagai reaksi orang ramai.
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri mempertikaikan keputusan tersebut dengan beranggapan kerajaan tidak seharusnya mengabaikan MAS semasa memberi bantuan kepada AirAsia.
Industri penerbangan merupakan industri paling teruk terjejas akibat pandemik. -MalaysiaGazette
Apa yang NENEK TUA @businesswomen terhebat itu dapat bantu? Sama2 saksikan!