Home Seni Hidup Kalah kes saman, Nelydia kena bayar RM89,144.03

Kalah kes saman, Nelydia kena bayar RM89,144.03

Pelakon Nelydia Senrose.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Nelydia Senrose diperintah membayar ganti rugi RM89,144.03 kepada syarikat produk kecantikan Chriszen Malaysia Sdn. Bhd. berikutan kes saman berhubung pelanggaran perjanjian sebagai duta jenama bagi produk itu tahun lalu.

Hakim memerintahkan Nelydia membayar ganti rugi khas penyediaan acara RM16,869.03, ganti rugi am RM10,000 dan diminta mengembalikan kos perkhidmatan sebanyak RM62,275 kepada Chriszen Malaysia serta membayar kos sebanyak RM10,000.

“Mahkamah mendapati defendan lebih mengutamakan bulan madu perkahwinannya daripada mematuhi perjanjian duta jenama berkenaan.

Mahkamah diberitahu, plaintif sudah memaklumkan kepada Nelydia sejak 8 Mac 2019 mengenai acara yang akan diadakan pada 25 April 2019 dan tarikh itu turut dipersetujui oleh syarikat yang menguruskan Nelydia iaitu Alfie Management Sdn. Bhd.

Bagaimanapun, Shamsudin berkata, pada 13 Ogos 2019 penghakiman ingkar sudah dimasukkan terhadap Alfie Management yang sebelum ini dinamakan sebagai defendan pertama dalam kes saman berkenaan.

Mahkamah juga berpuas hati Nelydia sendiri sudah mengetahui bahawa dia tidak dapat menghadiri acara itu sejak 24 Mac 2019, namun menunggu 19 hari kemudian pada 12 April untuk memaklumkan kepada plaintif mengenai ketidakhadirannya.

Terdahulu, pada 7 Oktober 2019, Chriszen Malaysia telah menfailkan saman terhadap Alfie Management dan Nelydia sebagai defendan pertama dan kedua. – MalaysiaGazette