KUALA LUMPUR – Berita gembira buat peminat gaya hidup lasak dan aktif apabila Huawei Malaysia kini memperkenalkan jam tangan pintar kelas mercu terbaharu Huawei Watch GT 2 Pro.
Tampil dengan reka bentuk elegan dan sporty serta dilengkapi ciri pemantauan kesihatan dan sukan, harga jam tangan pintar cukup berbaloi iaitu RM1,199.
Apa yang menarik, Huawei Watch GT 2 Pro dicipta menggunakan bahan berkualiti premium serta dilengkapi ciri pintar dan mod senaman yang canggih.
Ia bagi memastikan kualiti dan ketahanan terjamin, jam tangan pintar ini hadir dengan skrin berkaca safir, bingkai titanium dan seramik pada bahagian belakang.
Selain reka bentuk mewah, GT 2 Pro turut menampilkan ciri OneHop Share yang membolehkan pengguna memindahkan gambar daripada telefon pintar ke jam tangan pintar dengan lebih mudah.
Malah pengguna juga tidak perlu bimbang mengenai jangka hayat bateri kerana jam tangan pintar turut menyokong pengecasan tanpa wayar dan baterinya mampu bertahan selama dua minggu.
Jadi bagi yang gemar bersukan, jangan lepaskan peluang mencuba mod sukan terbaharu seperti golf dan ski serta terdapat lebih 100 mod latihan yang boleh disesuaikan mengikut gaya hidup anda.
Pada masa sama, bagi yang berminat mendaki seorang diri di kawasan hutan atau gunung, jangan lupa untuk membawa GT 2 Pro bersama.
Ini kerana jam tangan pintar ini dilengkapi ciri penunjuk arah jalan pulang yang membolehkan pengguna menjejaki semula laluan yang dilalui tanpa memerlukan sambungan internet.
Dengan penjejak GPS terbina, jam tangan pintar ini membolehkan anda mengembara dengan lebih yakin tanpa perlu risau tersesat di hutan.
Peranti ini juga ibarat pakar dalam dunia pengembaraan kerana ia lengkap dengan pelbagai maklumat penting seperti jadual air pasang surut serta waktu matahari terbit dan terbenam.
Huawei Watch GT 2 Pro turut menyediakan lebih daripada 100 mod latihan berbeza sebagai standard untuk membantu memantau aktiviti serta kemajuan pengguna termasuk berenang, berbasikal, mendaki, yoga, ski, golf dan banyak lagi.
Untuk kekal aktif dan menjadi seorang yang luar biasa, pastikan anda mengambil berat mengenai kesihatan diri pada setiap masa.
Selain memeriksa kadar degupan jantung, pemantauan tahap tekanan, kualiti tidur dan oksigen dalam darah juga penting.
Justeru, Huawei Watch GT 2 Pro adalah peranti ideal yang boleh membantu anda memantau tahap kesihatan sepanjang hari.
Misalnya, jika degupan jantung terlalu tinggi atau terlalu perlahan, jam tangan pintar akan memberikan notifikasi untuk mengingatkan anda supaya berehat seketika dan menarik nafas.
Kini, impian untuk memiliki salah satu peranti Huawei bukan lagi angan-angan kerana Huawei juga ada menawarkan pilihan produk dengan harga mampu milik seperti Huawei FreeLace Pro, FreeBuds 3i dan WATCH FIT.
Pada masa sama, Huawei turut memperkenalkan FreeBuds Pro dan MatePad T 10s, masing-masing dijual pada harga RM699 dan RM999 bermula 10 Oktober lalu.
Semua produk itu boleh didapati di Kedai Pengalaman Huawei seluruh negara dan kedai atas talian Huawei. – MalaysiaGazette