Home Ekonomi PKPB: Bank Muamalat semak waktu operasi

PKPB: Bank Muamalat semak waktu operasi

KUALA LUMPUR – Susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya selama dua minggu, mulai 14 Oktober 2020, waktu operasi semua cawangan Bank Muamalat di kawasan yang terjejas telah disemak semula kepada jam 9.15 pagi hingga 3 petang.

Waktu operasi itu berkuatkuasa hari ini.

Bank Muamalat berkata, untuk mengurangkan kemungkinan risiko kesihatan kerana meningkatnya jumlah kes Covid-19, cawangan Souq Al-Bukhary, Alor Setar dan Sandakan juga akan beroperasi waktu yang sama.

Katanya, bank itu telah mengambil langkah agresif untuk menjaga kesihatan dan keselamatan pelanggan, kakitangan dan komuniti sambil memastikan penyampaian perkhidmatan kewangan penting dengan lancar.

ini termasuk mengikuti protokol perubatan dari pihak berkuasa kesihatan tempatan dan melaksanakan garis panduan ketat berkaitan dengan interaksi sosial, kebersihan, perjalanan dan lawatan ke Bank Muamalat. – MalaysiaGazette