Home Ekonomi Mesyuarat agung secara maya sepanjang PKPB – SC

Mesyuarat agung secara maya sepanjang PKPB – SC

Suruhanjaya Sekuriti

KUALA LUMPUR – Mesyuarat agung yang dijalankan di negeri atau daerah di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hanya akan dijalankan secara maya sepenuhnya, yang mana semua pemegang saham akan mengambil bahagian dalam mesyuarat secara dalam talian.

Arahan itu dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) melalui Nota Panduan mengenai Tatalaku Mesyuarat Agung untuk Penerbit Tersenarai (Nota Panduan) yang dikemaskini selaras dengan PKPB yang berkuat kuasa di Sabah, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

PKPB tersebut berkuatkuasa dari 13 hingga 27 Oktober ini.

Nota Panduan ini diguna pakai untuk semua penerbit yang disenaraikan di Bursa Malaysia Securities Berhad. – MalaysiaGazette