LONDON – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menyasarkan pemain bek tengah Sevilla, Jules Kounde yang bernilai £82 juta ke dalam senarai pemain pilihannya pada Januari ini, lapor ESPN.
Dia berharap dapat memulakan langkah untuk menandatangani Kounde setelah seteru utama, Manchester City gagal membuat tawaran untuk pertahan itu pada musim panas yang lalu.
Kounde yang merupakan kelahiran Perancis dikaitkan dengan perpindahan ke City bulan lalu tetapi Sevilla pantas menolak tawaran awal bernilai £70 oleh skuad Pep Guardiola itu.
Namun City tersentak kerana mereka perlu membayar klausa pelepasan £82 juta dan membayar lagi £64 juta untuk Ruben Dias sebagai pengganti.
Pemain pertahanan berusia 21 tahun itu kini menjadi sasaran perpindahan buat United dan mereka dapat memulakan langkah tawaran untuknya pada Januari. – MalaysiaGazette