KUALA LUMPUR – Kiosk layan diri Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kedai Tenaga yang berada dalam kawasan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan beroperasi mulai jam 8.15 pagi hingga 8 malam.
Sebelum ini, kiosk berkenaan beroperasi jam 10 malam.
Waktu operasi Kedai Tenaga di kawasan tersebut masih kekal iaitu dari pukul 9 pagi sehingga 4 petang bagi memudahkan urusan orang ramai.
Bagaimanapun, pengguna digalakkan untuk melakukan transaksi berkaitan TNB secara dalam talian (online) menerusi portal dan aplikasi myTNB bagi mengurangkan keperluan untuk melakukan transaksi secara bersemuka. – MalaysiaGazette