KUALA LUMPUR – Tindakan UMNO mengumumkan untuk membuat pertimbangan menarik diri daripada menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN) haruslah dilihat dari sudut yang lebih rasional bukan semata-mata ‘politiking’.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, ini membuktikan kepimpinan UMNO tidak tamak kuasa dan sedia bergerak sendiri jika kerajaan PN yang didominasi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak mampu bekerjasama dengan parti itu dalam konteks kepentingan rakyat.
Jelas beliau, semua pihak tidak boleh menyalahkan UMNO secara melulu dan mengatakan keputusan ini adalah berdasarkan ketamakan kuasa atau kesombongan UMNO.
“Umum mengetahui kerjasama UMNO dengan PN adalah rapuh dan tidak sekuat MN. Suara dan hasrat ahli UMNO yang setia juga perlu didengari kepimpinan di mana mereka tidak bersetuju dengan kerjasama UMNO dengan BERSATU.
“Kedua, kerajaan PN bukan sahaja lemah dalam sokongan Ahli Parlimen, malah lemah dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan. Tidak dinafikan pandemik Covid-19 turut mempengaruhi prestasi kerajaan tetapi kita dapat melihat kerajaan PN pada hari ini tidak mempunyai hala tuju yang jelas seperti kerajaan BN yang lepas di mana mempunyai pelbagai dasar strategik seperti Transformasi Nasional 50, Program Transformasi Ekonomi dan sebagainya yang jelas memberi manfaat hingga ke hari ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu itu menegaskan, jika rakyat hendak kekal sebagai sebuah gabungan, negara perlu ada hala tuju yang tepat supaya dapat meningkatkan keyakinan rakyat.
Beliau tuurt mempersoalkan nilai perjuangan UMNO yang selama ini lantang membela nasib Allahyarham Adib, menentang LTTE, melawan Dong Zong dan sebagainya.
“Kini, semua itu seakan-akan dilupakan apabila menjadi kerajaan.
“Kita tidak boleh terlalu taksub dengan kerajaan “Abah” ini. Banyak yang bercelaru serta tidak nampak hala tuju yang jelas.
“UMNO mestilah bersifat tegas dalam kerjasama politik ini kerana kita tidak mahu rakyat rugi di kemudian hari,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Sembanggggg. Kamu berharap gomen PN boleh rangka pelan sebesar Transformasi Nasional bagai dlm keadaan menteri sendiri pun kena buat teleconference nak mesyuarat? Tak payah banding la. Skang ni nak pastikan rakyat dapat bekerja dahulu pun dah cukup sukar. Tak perlu lagi pelan pelan nak berbelanja selain survival rakyat dan ekonomi. Suma alasan sahaja utk kamu tuntut jawatan.
Ape lg la “kepentingan rakyat” diorang ni..