KUALA LUMPUR – UMNO mungkin memiliki asas tertentu sehinggakan parti terbesar orang Melayu itu mahu mengkaji semula kedudukannya dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Malah kata Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa , UMNO dan Barisan Nasional (BN) juga berhak menyemak kedudukannya dalam perikatan itu dari semasa ke semasa.
Jelas Setiausaha Agung BN, tidak mustahil melalui semakan itu Kerajaan PN boleh di perkasakan lagi menerusi muafakat yang lebih tersusun dan bersefahaman.
“Saya berpandangan kita perlukan kebijaksanaan dalam semua tindakan dan dahulukan kepentingan rakyat.
“Kita perlu stabilkan politik negara, kita juga perlu perkuatkan perpaduan melayu,iaitu asas kestabilan politik negara.
“UMNO, Pas dan PPBM sama-sama bertanggungjawab mewujudkan perpaduan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook di sini hari ini.
Annuar yang juga Setiausaha Agung Bersama Muafakat Nasional (MN) menjelaskan politik negara perlu distabilkan dan keutamaan mesti ditumpukan untuk menyelamatkan nyawa rakyat dan mengekang pandemik Covid-19.
Tegas beliau, paling penting ketika ini, memulihkan ekonomi negara, meringankan beban hidup rakyat serta menjadikan malaysia sebuah negara berjaya.
“Tidak salah untuk UMNO, PPBM dan Pas kembali ke ‘drawing board’ politik agar kita dapat melakar sesuatu yang lebih baik untuk Malaysia.
“Untuk itu kita perlu tenang, banyak berfikir dan bijak bertindak. Jangan emosi mendorong kita untuk tidak memikirkan keburukan yang boleh menimpa rakyat dan negara kita,” katanya. – MalaysiaGazette
Berbincanglah elok2, janganlah lagi terlepas kuasa kepada kaum kafir, hampir musnah negara dibuatnya!
….dicadangkan Umno tinggalkan aje PN …hadap aje rakyat / pengundi … dari membuang masa membazir tenaga membantu katak2 Umno dan munafik Umno dlm Bersatu….ada berani ka !?!?!?